Monday, November 16, 2015
Saturday, November 7, 2015
♥ Keistimewaan Wanita ♥......... PART 1
Assalamualaikum.... alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang Maha Menghidupkan kerana hari ini masih meminjamkan nafas, menggerakkan gertak jantung dalam diri ini.
Perkongsian hari ini... sedikit tentang keistimewaan wanita di dalam Islam.... sekadar untuk tazkirah diri ini sendiri terutamanya... betapa istimewa dan mulianya seorang wanita... dan ibu....
♥♥♥♥Sayang ibu....♥♥♥♥
ISTIMEWANYA WANITA....
1. Doa seorang wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang hal tersebut, baginda menjawab, " Ibu lebih penyayang berbanding bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT maka diharamkan tubuhnya dari api neraka.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam syurga
5. Syurga itu di bawah tapak kaki IBU......

Wednesday, November 4, 2015
Mujahadah yang pahit...kerana manisnya syurga
Mujahadah Cinta Nisa'
Mujahadah yang berakar umbi dari perkataan "jihad". Membawa pengertian usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang di redhai oleh Allah SWT. Bersungguh-sunguh dalam memerangi keburukan sang hawa nafsu yang sering menjebak diri seorang hamba ke kancah dosa. Besungguh-sungguh dalam melaksakan perinta Allah SWT dan meninggalkan larangannya.
Apakah sudah cukup mujahadah seorang nisa' ini. yang terkadang imannya timbul mengukuhkan benteng diri, namun acap kali imannya mudah rebah tersandung, tercarik bagaikan kulit bawang yang nipis.
Sungguh.... tidak kuat rasanya diri ini melawan badai yang meribut dalam diri sendiri. Pernah aku mendengar seorang ustazah mengatakan betapa tidak kuatnya iman seseorang itu tatkala dia alim di waktu paginya kemudian ketika datangnya waktu petang dia sudah menjadi zalim kepada dirinya sendiri kerana berbuat maksiat dan dosa.
Sakit kepala memikirkan... apakah seorang nisa' ini juga begitu????
Mampukah diri nisa' ini kuat meneruskan mujahadahnya dalam pencarian cinta khaliknya dan kemanisan syurga...

Subscribe to:
Posts (Atom)