Saturday, November 7, 2015

♥ Keistimewaan Wanita ♥......... PART 1

Assalamualaikum.... alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang Maha Menghidupkan kerana hari ini masih meminjamkan nafas, menggerakkan gertak jantung dalam diri ini. 
Perkongsian hari ini... sedikit tentang keistimewaan wanita di dalam Islam.... sekadar untuk tazkirah diri ini sendiri terutamanya... betapa istimewa dan mulianya seorang wanita... dan ibu....

Sayang ibu....

ISTIMEWANYA WANITA....

1. Doa seorang wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang hal tersebut, baginda menjawab, " Ibu lebih penyayang berbanding bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT maka diharamkan tubuhnya dari api neraka.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam syurga

5. Syurga itu di bawah tapak kaki IBU......


No comments:

Post a Comment